suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miley Cyrus, Cody Simpson putus selepas 10 bulan bercinta

Punca perpisahan Miley dan Cody tidak diketahui.

SELEPAS 10 bulan menjalinkan hubungan cinta, penyanyi terkenal antarabangsa Miley Cyrus akhirnya memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang juga seorang penyanyi iaitu Cody Simpson.

Memetik laporan TMZ pada Khamis, beberapa sumber mendedahkan hubungan tersebut telah berakhir sejak beberapa minggu lalu namun punca perpisahan pasangan itu tidak dapat disahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai lapan bulan berkahwin... Miley Cyrus, Liam Hemsworth umum berpisah

Berita perpisahan pasangan itu muncul hanya 12 hari selepas Cody, 25, meluahkan rasa cinta terhadap Miley, 27, menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

Pasangan itu turut kelihatan bahagia dalam rakaman sebuah video TikTok yang dimuat naik pada Julai lalu.

Malah, Miley dan Cody itu dilihat menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh kuarantin yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Miley dan Cody dilaporkan menjalinkan hubungan cinta pada Oktober 2019, dua bulan selepas perpisahan Miley dan bekas suaminya aktor Liam Hemsworth diumumkan.

Miley dan Liam berkahwin pada Januari 2019 sebelum berpisah pada Ogos 2019.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Miley Cyrus, Cody Simpson, Hollywood

Artikel Lain