suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Ahmad Dhani, Al Ghazali rancang kahwin dalam masa terdekat

Al Ghazali dan Alyssa mahu kahwin dalam masa terdekat.

HUBUNGAN cinta anak kepada Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali dengan teman wanitanya, Alyssa Daguise dilaporkan semakin serius.

Malah, menerusi laporan Liputan6, Alyssa mengakui dia dan Al Ghazali sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Memang mahu bawa ke peringkat seterusnya, dalam perancangan," kata Alyssa.

Alyssa berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu undangan bersama kekasihnya, Mulan Jameela dan Ahmad Dhani di saluran YouTube Derry Sulaiman baru-baru ini.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2017 sehingga kini.

Al Ghazali merupakan anak kepada Ahmad Dhani dan Maia yang mendirikan rumah tangga pada 1996 namun bercerai pada 2008.

Selain Al Ghazali, Ahmad Dhani dan Maia juga mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Dul Jaelani serta Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain