suria

Luna Maya tak minat jejaka mat salih, tartarik dengan RM (BTS) kerana pandai menyanyi dan main muzik

Lelaki pandai bermain muzik tarik perhatian Luna Maya.

SERING diajukan soalan mengenai ciri-ciri jejaka pilihan, penyanyi Luna Maya mendedahkan dia lebih terpikat dengan lelaki timur atau oriental.

Menerusi laporan Tribunnews, Luna berkata mereka lebih mudah diuruskan berbanding jejaka barat atau mat salih.

Dia turut mengakui sukakan lelaki yang meminati bidang muzik.

"Keturunan Indonesia pun masih okay tapi kalau dengan mat saleh boleh bingung sebab kalau bergaduh agak sukar untuk diselesaikan.

"Saya bagi contoh ya... iaitu RM daripada kumpulan BTS itu merupakan ciri pilihan saya.

"Hebat menyanyi dan boleh main muzik, itu sangat saya suka," katanya.

Pelakon filem Killers ini menjawab pertanyaan mengenai ciri-ciri dan keturunan lelaki pilihan yang diajukan oleh pengacara Boy William, baru-baru ini.

Sebelum ini, Luna Maya turut mendedahkan dia menyukai lelaki yang pandai berjenaka dan kuat bekerja.

Luna Maya

Artikel Lain