suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hailey Baldwin percaya takdir sudah tertulis jadi isteri Justin Bieber

Hailey dan Justin pernah berpisah sekitar 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

MODEL terkenal Hailey Baldwin mendedahkan dia sentiasa meletakkan kepercayaan dan yakin kepada takdir yang telah tertulis mengenai perjalanan hidupnya di masa hadapan.

Memetik laporan Hollywoodlife, dia sudah meletakkan sasaran untuk berkahwin dengan penyanyi Justin Bieber jika mereka kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

"Saya sentiasa tahu jika kami berpisah dan kembali bersama, situasi seterusnya perlu lebih serius dan kami kena kahwin atau perlu ada perancangan ke arah itu.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Saya hanya percaya dan yakin dengan takdir yang sudah tertulis.



Hailey dan Justin berkahwin pada September 2018.

"Saya banyak bertanya kepada ibu bapa saya dan sebenarnya mereka sukakan Justin. Ibu saya dapat rasakan yang Justin adalah pasangan hidup saya," katanya.

Justin dan Hailey pernah menjalinkan hubungan cinta namun mereka berpisah sekitar tahun 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Justin berkahwin dengan model Hailey di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hailey Baldwin, Justin Bieber,

Artikel Lain