suria

Aksi mesra terakam, G-Eazy, Ashley Benson dilaporkan bercinta

G-Eazy, Ashley Benson berkolaborasi pada April lalu.

PELAKON Ashley Benson dan penyanyi rap antarabangsa G-Eazy dilaporkan sedang menjalinkan hubungan istimewa selepas dilihat bermesraan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Berita perhubungan cinta mereka dihidu selepas pasangan itu berkolaborasi menerusi cover lagu Creep nyanyian Radiohead pada 21 April lalu.

Sebelum ini, Benson dikatakan rapat dengan model terkenal Cara Delevingne.

Walaupun Benson lebih dikenali melalui watak yang dilakonkan dalam drama bersiri Pretty Little Liars, aktres itu pernah meminjamkan suaranya di dalam filem fiksyen rock berjudul Her Smell.

Dalam pada itu, sepanjang perintah berkurung yang sedang dilaksanakan di Amerika Syarikat, G-Eazy banyak meluangkan masa dengan menyanyikan lagu-lagu cover seperti I'm So Tired yang pernah dipopularkan oleh kumpulan The Beatles.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ashley Benson, G-Eazy

Artikel Lain