PENYANYI dangdut Cita Citata memaklumkan terpaksa menangguh majlis perkahwinan bersama kekasihnya Roy Maher Geurts tahun hadapan berikutan wabak Covid-19. Menurut laporan liputan6, Cita Citata atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 26, berkata pernikahan itu sepatutnya berlangsung selepas hari raya Aidilfitri dan mereka sudah membayar penganjur perkahwinan untuk majlis tersebut. "Sepatutnya kami bernikah selepas hari raya. Saya juga sudah membayar sepenuhnya duit perkahwinan, takkan lah nak minta duit balik, mana boleh kan! ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih 'mat salih' Cita Citata peluk Islam - “Doakan kami!” "Tapi nasib baik pihak penganjur perkahwinan itu boleh jadi kawan dan boleh berunding semula, saya minta ditangguhkan sampai tahun hadapan dan dia setuju. "Sementara itu, saya perlu menguruskan beberapa perkara antaranya adalah permohonan surat rasmi Roy bukan lagi penduduk Belanda. Selain itu, permohonan untuk sijil dan dokumen nikah yang ada tarikh tamat tempoh. "Tamat tempohnya adalah tiga bulan selepas dikeluarkan dan sepanjang tempoh itu saya mesti segera berkahwin. Saya tidak mahu terburu-buru, jadi lebih baik ditangguhkan terus ke tahun hadapan," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!