suria

Kekasih 'mat salih' Cita Citata peluk Islam - “Doakan kami!”

Teman lelaki Cita Citata peluk Islam.

TEMAN lelaki kepada penyanyi popular Indonesia Cita Citata iaitu Roy Geust memeluk Islam pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Liputan6, jejaka warganegara Belanda itu tertarik dengan ajaran agama Islam semasa menetap di negara tersebut.

Menerusi video yang dimuat sahabat baiknya iaitu Dipo Latief, Roy dilihat tenang mengucapkan dua kalimah syahadah dipimpin oleh seorang pegawai agama disaksikan oleh beberapa teman.

Malah, Cita Citata turut kelihatan menemani Roy sepanjang proses tersebut.

Cita Citata turut menemani kekasihnya sepanjang proses itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh di Sini berkata dia dan Roy mula menjalinkan hubungan cinta 2019 dan dilamar jejaka itu ketika bercuti di Belanda pada awal Januari lalu.

Pasangan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam dalam masa terdekat.

“Menikah merupakan perancangan utama kami dan seterusnya berusaha untuk sama-sama mengukuhkan ekonomi menerusi perniagaan dan menjalani masa depan bersama-sama. Doakan kami ya,” kata Cita Citata.

Cita Citata

Artikel Lain