Arwah Julia Perez muncul dalam mimpi adik dengan wajah marah - “Jangan masam muka lagi ya kak!”

Adik minta Julia Perez tak datang dalam mimpi dengan wajah marah.

MENJELANG bulan Ramadan yang bakal disambut beberapa hari lagi, adik kepada Allahyarham Julia Perez iaitu Della Perez mengambil kesempatan menziarahi pusara kakaknya itu.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Della berkongsi foto dia bersama ibunya menziarahi kubur penyanyi popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Perez Meninggal Dunia Akibat Kanser

Bersama foto tersebut, dia turut menulis kapsyen luahan yang turut menarik perhatian pengikut.

Perkongsian Della Perez di Instagram menarik perhatian pengikut.

Seakan-akan bercerita dengan kakaknya, Della meminta agar arwah tidak muncul dalam mimpinya dalam keadaan marah.

"Assalamualaikum Kak Julia, ni Della sama emak sudah datang, jangan ngambek (marah) lagi ya, jangan cemberut (bermasam muka) kalau datang di mimpi Della.

"Kan Della dah datang sama emak, kakak kan tahu lagi ada koronovirus di dunia, jadi tak boleh keluar dulu, maaf ya baru datang. Nanti kalau sudah aman dari korona Della sama emak datang lagi.

"Doakan kakak sudah ya, jangan masam muka lagi kalau datang di mimpi Della kak! I miss you Julia Perez. Bismillah!," tulisnya.

Julia Perez

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain