suria

Julia Perez Meninggal Dunia Akibat Kanser

Julia Perez meninggal dunia pada Sabtu.

PELAKON dan penyanyi Indonesia Julia Perez meninggal dunia pada Sabtu selepas tiga tahun melawan penyakit kanser servik tahap akhir.

Kapan Lagi melaporkan khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh adiknya, Anggita Perez menerusi Instagram miliknya.

"Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongan selama ini. I Love You Yuli," tulisnya.

Adik kepada Julia, Anggita mengesahkan berita kematian kakaknya di Instagram.

Anggita turut memuat naik gambarnya bersama Julia atau nama sebenarnya Yulia Rachmawati yang terbaring lemah di atas katil sambil dia memegang tangan kakaknya itu dengan air mata sedang mengalir.

Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.

Dia disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.

Julia Perez

Artikel Lain