suria

Cincin Tunang Kendall Jenner

Foto Kendall Jenner menayangkan cincin pertunangnnya.

SEHINGGA kini, model terkenal Kendall Jenner dan kekasihnya ASAP Rocky belum secara rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka.

Biarpun tidak pernah menunjukkan kemesraan di khalayak namun kedua-duanya dipercayai sedang hangat bercinta. Menguatkan lagi gosip ini mereka beberapa kali dilihat menghabiskan waktu bersama.

Baru-baru ini pula, jurugambar bebas berjaya mengambil foto Kendall melambai tangan dan kelihatan cincin berbatu besar di jari manisnya. Ramai peminat membuat spekulasi bahawa cincin itu adalah cincin tunang.

Kendall Jenner dan ASAP dikatakan sudah menjalinkan hubungan yang serius sejak setahun lalu. 

Sehingga kini, Kendall, 21, mahupun ASAP tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Namun, ada kemungkinan juga cincin itu sekadar barang aksesori yang dipakai selebriti sebagai pemanis penampilan.

Jika benar ASAP telah melamar Kendall, tentu perkara ini menjadi langkah besar dalam hubungan cinta antara mereka. Pasangan ini dikatakan sudah menjalin hubungan sejak setahun lalu.

Pertama kali foto mereka bermesra dirakam ketika menghabiskan masa bersama di Los Angeles pada Julai tahun lalu. Menurut beberapa sumber, hubungan mereka dikatakan semakin serius. 

Kendall Jenner

Artikel Lain