suria

Aktiviti G-Dragon Diteruskan Tanpa T.O.P

G-Dragon tetap meneruskan pelancaran album solo terbarunya tanpa rakan baiknya T.O.P.

MESKIPUN keadaan T.O.P Big Band masih kritikal, rakan baiknya G-Dragon atau GD tetap meneruskan aktiviti seninya seperti biasa.

Buktinya, G-Dragon bakal mengeluarkan album solo terbarunya tidak lama lagi.

Agensi pengurusannya, YG Entertaiment mengatakan album kemunculan dan siri jelajah satu dunia GD akan tetap berjalan mengikut jadual yang telah disediakan.

"Kami tidak pernah merancang untuk menunda album dan siri jelajah G-Dragon walaupun keadaan salah seorang ahli Big Bang iaitu T.O.P masih lagi kritikal," kata salah seorang wakil YG Entertaiment kepada Koreaboo.


T.O.P dikejarkan ke hospital gara-gara mengambil ubat kemurungan secara berlebihan.  

Selain itu, video klip terbaru untuk album ini juga akan dijalankan seperti yang dirancang. T.O.P Big Bang dimasukkan ke hospital setelah mengambil ubat anti kemurungan secara berlebihan pada 6 Jun lalu. 

Kejadian itu berlaku selepas penyanyi itu disahkan positif dadah. Kesan daripada itu, dia yang berusia 29 tahun ini diberhentikan khidmat tentera di Gangnam dan di pindahkan ke salah satu pejabat polis di Seoul, Korea. 

Terkini, setelah dua hari tidak sedarkan diri akhirnya keadaan T.O.P dilihat ada kemajuan. Menurut ibu penyanyi rap ini sudah membuka kedua matanya.

G-Dragon, Big Bang

Artikel Lain