suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inul Daratista larang 'maid' keluar rumah, bimbang dijangkiti Covid-19

Inul bimbang keselamatan dan kesihatan penghuni rumahnya.

PENYANYI dangdut Inul Daratista melarang pembantunya keluar rumah jika tiada perkara mustahak yang perlu dilakukan.

Menurut laporan Grid.ID, Inul terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni rumahnya.

"Semua pembantu tidak boleh keluar rumah, kalau ada yang mahu keluar mesti minta izin terlebih dahulu. Sebelum masuk ke dalam rumah pun mesti buat pensterilan.

"Sejujurnya saya takut kerana di dalam rumah juga ada anak kecil, kena lebih jaga keselamatan jangan sampai terkena," katanya.

Inul berkongsi mengenai perkara tersebut dalam sebuah program Brownis, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pengawal di kawasan perumahannya turut melakukan penjagaan ketat susulan ramai dijangkiti wabak Covid-19 ini.

"Di kawasan rumah saya sudah banyak yang terkena wabak itu dan meninggal... sekarang pengawal terpaksa menjaga lebih ketat!

"Jadi setiap ada orang asing yang mahu masuk ke kawasan kami akan disoal terlebih dahulu," ujarnya.

Inul Daratista

Artikel Lain