suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Lovato akui tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez

Demi dan Selena pernah jadi bintang Disney.

PENYANYI Demi Lovato dan Selena Gomez merupakan sahabat sejak dari kecil apabila kerjaya mereka bermula ketika sama-sama membintangi drama siri kanak-kanak Barney & Friends.

Kedua-dua penyanyi ini kemudian menandatangani kontrak dengan Disney sehingga mereka menjalani kerjaya dalam industri muzik.

Bagaimanapun hubungan kedua-dua mereka renggang kerana kesibukan masing-masing menguruskan kerjaya seni.

Menerusi sebuah wawancara, Demi Lovato mengakui dia tidak lagi berkawan dengan Selena Gomez.

"Kami tidak lagi berkawan kerana kesibukan masing-masing tapi aku selalu menyanyanginya dan berharap yang terbaik untuknya," ujar Demi.

Penyanyi lagu Tell Me You Love Me memberitahu satu-satunya bintang Disney yang masih berhubung iaitu Miley Cyrus.

SUMBER: ELLE

Selena Gomez, Demi Lovato

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia