suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niall Horan derma RM480,000 kepada badan amal bantu warga tua

Niall turut menyumbangkan RM480,000 kepada salah sebuah badan amal di Ireland.

PENYANYI Niall Horan turut berbesar hati memberi sumbangan sebanyak USD100 atau RM480,000 kepada salah sebuah badan amal di Ireland baru-baru ini.

Menurut laporan Aceshowbiz, sumbangan tersebut diserahkan kepada badan amal dikenali sebagai Alone yang membantu warga tua dalam menghadapi pandemik penularan wabak Covid-19.

"Melalui perbincangan yang dibuat dengan kerajaan Ireland dan HSE mengenai sokongan kritikal yang diperlukan segera, saya terus memberi sumbangan ke sebuah badan amal.

"Saya dapat tahu bahawa Alone adalah badan amal yang melakukan kerja untuk menjaga orang-orang tua di seluruh negara.

"Dengan sokongan yang lebih besar, mereka akan dapat mencapai lebih banyak lagi sumbangan khususnya dalam wabak Covid-19 ini," ujarnya.

Niall Horan, Covid-19

Artikel Lain