suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leeteuk rindu beraksi dengan semua ahli kumpulan Super Junior - “Kami pernah menangis bersama, sekarang...”

Leeteuk rindu beraksi di pentas nyanyian.

KETUA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk mendedahkan mereka melalui perjalanan sukar sebelum dikenali sepanjang 15 tahun berada dalam industri hiburan.

Menurut laporan Allkpop, semasa temubual bersama News1, Leeteuk kumpulan ini pernah berdepan pelbagai emosi dari awal sehingga kemuncak kerjaya.

“Begitu banyak perkara buruk berlaku ketika kami berada di puncak kerjaya.

“Kami menghabiskan banyak masa di asrama, menangis... tapi apabila dilihat sekarang ini, kami dapat berkumpul lebih rapat setelah melalui masa sukar bersama," katanya.

Sebagai ketua kumpulan, Leeteuk mengakui rindu untuk beraksi bersama kesemua ahli kumpulan itu dan berharap diberikan peluang pada masa hadapan.

“Jika ada peluang di masa hadapan, saya mahu berdiri di atas pentas bersama dengan 13 ahli lain. Sudah tentu, jika ada ahli yang tak bersetuju, maka itu tidak akan berlaku.

“Sebagai ketua, saya perlu mempertimbangkan keputusan ahli-ahli Super Junior yang lain,” ujarnya.

Leeteuk, Super Junior

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia