suria

Katy Perry dan Orlando Bloom teruja bakal timang anak perempuan

Katy Perry dan tunangnya, Orlando Bloom.

PENYANYI Katy Perry mengumumkan berita gembira bahawa dia dan tunangnya yang juga pelakon Orlando Bloom bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Penyanyi lagu Never Really Over itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto Orlando berserta kapsyen 'It's a girl'.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry lega tidak perlu lagi sorok kehamilan

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa teruja dan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut.

Katy berkongsi berita gembira itu di Instagramnya.

Menerusi laporan mStar pada 7 Mac lalu, Katy mendedahkan dia kini sedang hamil menerusi  video klip terbaharunya yang bertajuk Never Worn White.

Sejurus selepas video muzik tersebut dilancarkan, Katy Perry dan Orlando Bloom meluahkan rasa gembira menerusi IG Live mereka.

Bukan sahaja mengenai lagu terbaru, tapi kehamilannya juga merupakan rahsia yang disorokkan dalam masa yang lama.

Katy Perry, Orlando Bloom

Artikel Lain