suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Taeyeon (SNSD) meninggal dunia pada hari jadinya yang ke-31

Bapa Taeyeon meninggal dunia pada Isnin.

BAPA kepada ahli kumpulan Girls' Generation atau SNSD, Taeyeon meninggal dunia pada 9 Mac akibat serangan jantung.

Menurut Soompi, khabar itu disahkan oleh pihak agensinya, SM Entertainment dan memberitahu bahawa pengebumian bapanya di buat secara tertutup bersama ahli keluarganya.

"Taeyeon sedang menyiapkan pengebumian ayahnya bersama keluarga. Pengebumian di buat secara tertutup dan di buat dalam kalangan ahli keluarga," katanya.

Selain daripada itu, SM Entertainment juga membuat kenyataan mengenai penangguhan single dan muzik video terbaru Taeyeon.

"Kami memaklumkan bahawa pelancaran single dan muzik video terbaru Taeyeon yang bertajuk 'Happy' pada hari ini ditangguhkan.

"Kami meminta pemahaman peminat yang sudah menunggu pelancaran single terbaru itu, dan kami akan umumkan nanti mengenai rancangan pelancaran lagu tersebut," jelasnya.

Lebih menyedihkan lagi apabila berita kehilangan itu berlaku pada hari jadinya yang ke-31 tahun.

Taeyeon, Girls Generation

Artikel Lain