Jeon Hye Bin kongsi foto perkahwinan tapi tutup wajah suami - Bintang Global | mStar

Jeon Hye Bin kongsi foto perkahwinan tapi tutup wajah suami

Jeon Hye Bin melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu di Bali, Indonesia.

PELAKON terkenal Jeon Hye Bin baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinannya di Bali, Indonesia pada Sabtu.

Malah majlis perkahwinan turut disiarkan menerusi sebuah program berita hiburan SBS dalam episod terbaharu rancangan Night of Real Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Gong Yoo dedah perangai pelik Lee Dong Wook, suka hantar mesej sama dua kali

Video tribute tersebut memaparkan sekitar majlis perkahwinan yang meriah termasuk beberapa foto ayah serta suaminya. Namun apa yang menjadi perhatian apabila dia menutup wajah suaminya pada foto berkenaan.

Sama cantik, sama padan pasangan Jeon Hye Bin.

Suami Jeon Hye Bin merupakan seorang doktor yang berusia dua tahun lebih tua dari usianya iaitu 38 tahun.

Mereka mengenali antara satu sama lain melalui perkenalan persahabatan dan kemudian mengikat tali pertunangan selepas setahun berkenalan.

Menurut agensi pengurusan pelakon itu, ada sebab mengapa pasangan itu memilih untuk melangsungkan perkahwinan di Bali, Indonesia.

Mereka mahukan sebuah majlis perkahwinan kecil yang hanya dihadiri oleh keluarga, serta kenalan rapat selain suasana indah dan nyaman.

Antara lakonan mantap yang dibawakan oleh Jeon Hye Bin. 

"Kedua-dua mereka mahu mempunyai perkahwinan kecil dengan hanya keluarga, dan kenalan mereka selain suasana luar dengan cuaca bagus dan pemandangan indah. Mungkin mereka memilih tempat ini kerana ia sangat cantik," kata agensi itu.

Menjawab pertanyaan berkaitan sifat suami kepada pelakon itu, agensi itu berkata jejaka itu seorang yang baik hati.

"Dia menjaga Jeon Hye Bin dengan baik dan menghormatinya. Kedua-duanya saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain, jadi mereka kelihatan seperti pasangan yang bahagia dan sepadan," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini juga menulis surat secara peribadi meluahkan perasaannya buat suaminya dan perkahwinan mereka. SUMBER- Soompi

Jeon Hye Bin

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini