suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bikin kecoh! Penyanyi dangdut Indonesia minum cairan pembersih lantai di IG live, rupa-rupanya 'prank'

Aida melakukan aksi bunuh diri secara langsung di Instagram miliknya.

PENYANYI dangdut Indonesia, Aida Saskia mengejutkan ramai pihak apabila melakukan aksi percubaan membunuh diri secara langsung di Instagram miliknya pada Isnin lalu.

Menerusi siaran langsung itu, Aida kelihatan meminum cairan pembersih lantai.

Bagaimanapun, pengurus penyanyi itu iaitu Madi menjelaskan aksi itu hanya prank (gurauan) semata-mata.

Katanya, penyanyi berkenaan tidak berniat untuk membunuh diri seperti disangka warganet.

"Iya itu hanya prank pada ulang tahun temannya. Tapi kita sudah beritahu ke media juga kalau ini hanya gurauan," ujar pengurusnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Madi berkata, dia sudah berkali-kali mengingatkan penyanyi berkenaan agar tidak melakukan yang bukan-bukan sehingga menimbulkan kontroversi.

"Ya... saya sudah beritahu sudah-sudahlah jangan buat perkara yang aneh-aneh lagi. Kasihan rakan media banyak yang bertanya," ujarnya.

Madi turut meminta Aida untuk tidak mengulanginya tindakan itu.

Dia berharap prank itu adalah kontroversi terakhir yang dilakukan penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, Aida sering terpalit kontroversi melibatkan kes perceraiannya.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia