suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik Louis Tomlinson meninggal dunia pada usia 18 tahun

Louis dan adiknya Fizzy (dua dari kiri) bersama rakan-rakan mereka.

ADIK kepada ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson iaitu Felicite Tomlinson dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Felicite atau lebih dikenali sebagai Fizzy ini meninggal dunia akibat serangan jantung.

Fizzy yang baharu berusia 18 tahun itu merupakan selebriti media sosial yang juga pereka fesyen dan model.

Pemergian Fizzy menjadi sebuah luka bagi keluarga Tomlinson selepas dua tahun lalu ibu mereka Johanna Deakin meninggal akibat kanser darah.

Minggu lalu, Louis Tomlinson baharu sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Two Of Us yang menceritakan tentang hari sedih selepas kehilangan ibu.

Kini, dia perlu melalui detik sedih sekali lagi apabila kehilangan adik kesayangannya.

Louis merupakan anak pertama daripada tujuh adik beradik.

SUMBER: BBC

Louis Tomlinson

Artikel Lain