suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawab gosip berbadan dua, Lady Gaga 'hamil' album terbaharu

Lady Gaga menyangkal dakwaan dirinya sedang hamil.

TINDAKAN penyanyi Lady Gaga bersuara mengenai gosip mengatakan dirinya sedang berbadan dua membuatkan peminatnya teruja.

Ini kerana walaupun Gaga menyangkal dakwaan tersebut namun dia mendedahkan dirinya kini sedang 'hamil' album keenamnya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Gosip saya mengandung? Ya, saya sedang hamil #LG6," tulisnya di Twitter.

#LG6 merujuk kepada Lady Gaga 6 dan Gaga kali terakhir muncul dengan album solo pada 2016 menerusi Joanne.

Sebelum ini penyanyi lagu Shallow ini dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor Bradley Cooper yang juga hero gandingannya dalam filem A Star is Born.

Gosip itu bertebaran selepas dia dan tunangnya, Christian Carino mengambil keputusan untuk berpisah.

Bagaimanapun Gaga menyangkal gosip itu dan menegaskan dia dan Bradley hanya sekadar teman biasa. - ELLE



Lady Gaga

Artikel Lain