suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah persenda artis lain... Netizen ungkit isu dadah Demi Lovato

Demi Lovato mengambil keputusan menutup akaun Twitternya selepas menerima kecaman netizen.

PENYANYI Demi Lovato mengambil keputusan menutup akaun Twitter selepas menerima kecaman berhubung tindakannya mempersendakan penyanyi rap 21 Savage di laman sosial itu.

21 Savage atau nama sebenarnya Sha Yaa Bin Abraham-Joseph kini dalam tahanan dan berhadapan diusir dari Amerika selepas pihak berkuasa mendakwa penyanyi rap berasal dari United Kingdom itu tinggal secara haram di negara berkenaan.

Netizen mula mengecam Demi termasuk penyanyi rap Offset yang menganggap perbuatannya itu sebagai biadab.

"Ia langsung tidak kelakar apabila anda mempersendakan orang yang sedang berhadapan dengan situasi sukar," tulis Offset seperti dilaporkan E Online.

Penyanyi berusia 26 tahun bagaimanapun berang apabila netizen mula mempersendakannya kembali berhubung penglibatannya dengan dadah.

"Jika anda mahu mempersendakan saya silakan tapi jangan libatkan isu dadah sebab ini saya malas aktif di Twitter," tulisnya.

Sebelum ini, Demi pernah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah secara berlebihan dan dimasukkan ke pusat pemulihan selama enam bulan.

Demi Lovato, 21 Savage

Artikel Lain