suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bow Wow ditahan atas tuduhan cederakan wanita

Bow Wow ditahan selepas seorang wanita mendakwa diserang penyanyi rap itu.

PENYANYI rap Bow Wow ditahan pada Sabtu lalu di Atlanta atas dakwaan menyerang seorang wanita.

E! News melaporkan polis mendapat panggilan daripada wanita tersebut yang dikenali sebagai Leslie Holden mendakwa Bow Wow memukulnya.

Polis juga memberitahu penyanyi rap itu turut mendakwa Holden turut mencederakannya dalam kejadian itu.

Menerusi gambar mugshot Bow Wow ketika ditahan polis jelas kelihatan terdapat kesan calar pada wajahnya.

"Kita tidak dapat pastikan setakat ini siapa yang memulakan pergaduhan itu, jadi kedua-dua pihak akan didakwa," kata jurucakap polis.

Bow Wow, 31, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian itu dan dia dibebaskan selepas diikat jamin.

Bow Wow

Artikel Lain