suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Woo Bin belum ada perancangan buat kemunculan semula

Kim Woo Bin masih perlu rehat secukupnya.

PELAKON Kim Woo Bin masih belum mempunyai perancangan untuk membuat kemunculan semula biarpun sudah sembuh daripada penyakit kanser dihadapinya.

Menerusi laporan Allkpop, agensi pengurusan Kim Woo Bin iaitu Sidus HQ mengesahkan perkara tersebut dan pelakon itu masih perlu memberi tumpuan untuk sembuh sepenuhnya.

"Kim Woo Bin belum lagi ada sebarang rancang untuk kembali aktif dalam bidang seni. Tapi memang benar keadaan dia semakin baik.

"Tapi dia masih perlu memberi tumpuan untuk sembuh sepenuhnya," katanya.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Kim Woo Bin sudah berbincang mengenai kemunculan semulanya menerusi projet baharu bersama pengarah Choi Dong Hoon.

Kim Woo Bin menghidap kanser dikenali sebagai Nasopharyngeal yang merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak pada awal tahun lalu.

Kim Woo Bin

Artikel Lain