suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Zayn Malik terluka disebabkan berpisah sekali lagi dengan Gigi Hadid

Zayn dan Gigi berpisah disebabkan tiada masa untuk bersama.

PENYANYI Zayn Malik dan kekasihnya yang juga model terkenal Gigi Hadid sekali lagi dikatakan sudah berpisah.

Menurut laporan Celebrityinsider, Zayn kini sedang melalui fasa kekecewaan dan hatinya terluka disebabkan perpisahan antara mereka.

Sebelum ini, peminat mula membuat andaian apabila Zayn dan Gigi tidak lagi berkongsi foto mereka bersama di laman sosial sejak Oktober tahun lalu.

Menerusi laporan Touch Weekly pula, pasangan itu berpisah disebabkan mereka tidak mempunyai masa terluang untuk bersama.

Zayn dikatakan sentiasa sibuk di studio manakala Gigi pula kerap melancong ke luar negara untuk karier peragaannya.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada 2015 dan hubungan mereka pernah terputus pada Mac tahun lalu.

Zayn Malik, Gigi Hadid

Artikel Lain