suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video lama bermesra dengan peminat bawah umur tersebar, Drake dikecam netizen

Video lama Drake bermesra dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang dirakam lapan tahun lalu tersebar di laman sosial.

PENYANYI Drake dikecam hebat oleh netizen selepas sebuah video memperlihatkan dia bermesra dengan peminat wanitanya yang berusia 17 tahun di konsertnya pada 2010 tersebar di laman sosial.

USA Today melaporkan menerusi video itu memperlihatkan Drake menjemput peminat itu ke atas pentas sebelum mengajaknya menari bersamanya.

Penyanyi rap itu kemudiannya menarik remaja itu ke arahnya sebelum mencium rambutnya.

"Saya sudah beritahu saya sukakan rambut awak. Apa ini? Adakah ia Herbal Essence?," katanya merujuk kepada syampu digunakan remaja itu selepas mencium rambutnya.

Drake kemudiannya mencium belakang tengkuk remaja itu sebelum meletakkan tangannya di dadanya.

Bagaimanapun Drake dilihat terkejut apabila dia mengetahui remaja itu baharu sahaja berusia 17 tahun dan memberitahu dia tidak terlalu muda untuk masuk ke penjara.

Walaupun video itu sudah lama, netizen meluahkan rasa geram terhadap Drake yang menganggap dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu dengan remaja bawah umur.

Drake

Artikel Lain