suria

Ais krim habis terjual gara-gara Baekhyun (EXO)

Baekhyun memuat naik gambarnya sedang menikmati ais krim ketika bercuti di Jepun.

TINDAKAN penyanyi Baekhyun daripada kumpulan EXO memuat naik gambarnya sedang menikmati ais krim ketika bercuti di Jepun mengundang gundah dalam kalangan peminatnya.

Mana tidaknya, gambar tersebut telah membuatkan peminat tidak senang duduk kerana ingin merasai sendiri ais krim yang dimakan Baekhyun itu.

Peminat percaya dengan citarasa Baekhyun selain 'cair' apabila bintang pujaan mereka mengeja perkataan cream sebagai cweam.

Ekoran itu, peminat mula memuat naik gambar mereka yang turut menikmati ais krim sama selepas melihat gambar Baekhyun sehingga ada yang mengadu ais krim tersebut sudah habis dijual.

"Kita kena laporkan kepada syarikat yang menjual ais krim ini agar menambah stok mereka. Jika Baekhyun yang makan ia pasti sedap.

"Penjual harus tahu yang jualan ais krim ini pasti akan meningkat mendadak... Saya cari pun tak jumpa," kata peminat di laman sosial seperti dilaporkan Koreaboo.

Ini bukan kali pertama anggota kumpulan EXO memberi promosi percuma di laman sosial mereka kerana sebelum ini ada beberapa barangan yang digunakan mereka termasuk makanan seperti kek cawan habis terjual selepas mereka menggunakannya.

Baekhyun, EXO

Artikel Lain