suria

'A Star Is Born' terima 9 pencalonan Golden Globes & Grammy

Lady Gaga terharu apabila filem lakonannya, A Star Is Born mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Globes dan Anugerah Grammy yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

PENYANYI Lady Gaga terharu apabila filem lakonannya A Star Is Born arahan dan lakonan Bradley Cooper menerima sembilan pencalonan pada Anugerah Gloden Globes dan Anugerah Grammy yang bakal berlangsung awal tahun hadapan.

Filem yang mendapat reaksi positif penonton itu menerima lima pencalonan di Anugerah Golden Globes menerusi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Lagu Tema Terbaik, Shallow.

Sementara itu, menerusi Anugerah Grammy pula, album runut bunyi filem itu menerima lima pencalonan.

Shallow menerima pencalonan menerusi kategori Rakaman Terbaik, Lagu Terbaik, Duo/Grup Terbaik, Lagu Terbaik Media Visual termasuk Persembahan Pop Terbaik menerusi lagu berjudul Joanne.

Kecemerlangan itu sudah dijangkakan berikutan A Star Is Born menerima rating sebanyak 90 peratus di laman pengkritik filem RottemTomatoes.

Menerusi Instagram milik Gaga, penyanyi itu meluahkan rasa terharu apabila perjalanan kerjayanya dalam dunia seni yang sebelum ini dipandang rendah kini mendapat perhatian secara serius.

Penyanyi yang dikenali dengan fesyen-fesyen unik ini membuktikan mampu memberi sesuatu yang terbaik buat masyarakat.

Lady Gaga, A Star is Born

Artikel Lain