Rupa-rupanya D.O. (EXO) trauma dengan kamera - Bintang Global | mStar

Rupa-rupanya D.O. (EXO) trauma dengan kamera

D.O (EXO) mendedahkan dia trauma apabila berhadapan dengan kamera.

PENYANYI kumpulan EXO iaitu D.O. mendedahkan dia sebenarnya berasa trauma apabila berhadapan dengan kamera terutamanya untuk acara siaran langsung.

Koreaboo melaporkan perasaan trauma itu masih kekal sehingga kini disebabkan dia pernah membuat kesilapan ketika perlu memperkenalkan lagu sebelum mengadakan persembahan pada siaran langsung sebuah program.

"Ketika di awal kemunculan dulu, saya membuat kesilapan ketika muncul dalam sebuah program yang membuatkan perasaan itu kekal sehingga ke hari ini.

"Sejak itu saya sering berasa gementar setiap kali naik ke pentas dan melihat kamera di hadapan saya," katanya.

Pengakuan D.O. itu membuatkan peminat mencari kembali persembahan dimaksudkan dan ia menjadi tular di media sosial.

Ramai menyifatkan wajah D.O. jelas memperlihatkan dia gementar namun tetap memuji keberaniannya.

D.O. , EXO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel