suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Populariti bawa malang kepada Jo In Sung

Jo In Sung memberitahu popularitinya sebagai artis menjadi penghalang kepada kehidupan peribadinya.

PELAKON Jo In Sung mungkin antara bintang terkenal di Korea Selatan yang mempunyai bakat besar selain wajah yang kacak.

Bagaimanapun kata In Sung, di sebalik itu dia sebenarnya mempunyai banyak kekurangan seperti orang lain.

Katanya, sehingga kini dia sentiasa malang dalam soal percintaan dan merasakan populariti menjadi batu penghalang kepadanya untuk mengecap bahagia.

"Pada pandangan saya, Jo In Sung yang anda lihat tidak menggambarkan diri saya secara keseluruhannya.

"Contohnya, dalam soal percintaan, saya merasakan wanita yang berada di samping saya berasa terbeban dengan populariti saya sebagai artis dan ia bukan sesuatu yang baik.

"Atas sebab itu juga hubungan percintaan saya sering gagal kerana saya Jo In Sung," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Jo In Sung

Artikel Lain