suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kendall Jenner jadi mangsa buli siber gara-gara foto bogel

Foto Kendall tanpa pakaian tersebar di internet. Foto: Metro UK

BINTANG sensasi Kendall Jenner menjadi perhatian pengikut di seluruh dunia apabila foto dia tanpa berpakaian dikatakan tersebar di internet.

Menerusi portal Metro UK, foto-foto hasil bidikan jurugambar Russel James itu merupakan projek terbaharu yang bakal ditampilkan dalam buku hasil karya Russel.

Bagaimanapun, gambar itu telah dicuri daripada simpanan Russel dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Antara foto yang tersebar memperlihatkan Kendall Jenner berlari di pantai, memanjat pokok dan menunggang kuda dalam keadaan tanpa berpakaian.

Malah, ada juga aksi Kendall bergaya seksi di kawasan kolam renang.

Selain menerima komen simpati netizen, adik kepada Kim Kardashian ini turut menerima kecaman dan kritikan mengenai tubuhnya di laman sosial.

Komen-komen negatif itu dianggap merupakan satu bentuk buli siber yang diterima model berusia 22 tahun ini.

Kendall Jenner

Artikel Lain