suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik perempuan tak nak mengaku Lee Seung Gi abangnya

Ahli keluarga Lee Seung Gi tidak suka heboh mengenai hubungan mereka.

PELAKON dan penyanyi Lee Seung Gi mendedahkan adik perempuannya tidak mahu orang awam mengetahui hubungan mereka sebagai adik-beradik.

Menerusi laporan Soompi, selain adik perempuan, seluruh keluarga Lee Seung Gi turut melakukan perkara yang sama.

"Selalunya dia tidak akan beritahu orang yang saya abang dia. Seluruh ahli keluarga saya sama juga seperti itu.

"Mereka bukan jenis suka memberitahu orang luar yang saya anak atau adik beradik mereka.

"Terutama adik perempuan saya yang akan cuba sorok kenyataan yang abang dia adalah Lee Seung Gi," katanya.

Lee Seung Gi mendedahkan perkara tersebut ketika ditemu bual oleh program My Ugly Duckling.

Lee Seung Gi

Artikel Lain