suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto Lama Jennifer Aniston Cium Pipi Suami Jadi Perhatian

Gambar dimuat naik Justin yang memperlihatkan Jennifer mencium pipinya mendapat perhatian peminat.

BERITA perpisahan pasangan selebriti Jennifer Aniston dan Justin Theroux terus menjadi perbualan hangat peminat sejak dua minggu lalu.

Portal AOL melaporkan keputusan untuk bercerai ini dilakukan atas pilihan masing-masing dan mereka masih mengekalkan hubungan baik.

Menerusi carian di Instagram milik Justin Theroux, aktor ini dilihat masih menyimpan fotonya dengan Jennifer.

Jennifer dan Justin mengumumkan perpisahan mereka baru-baru ini.

Gambar Jennifer mengucup pipi Justin menarik minat netizen yang beranggapan mereka masih saling sayang menyayangi.

Foto tersebut dibanjiri komen daripada pengikut Justin meskipun ia telah dimuat naik pada Ogos tahun lalu.

Rata-rata mengharapkan pasangan ini membatalkan perceraian dan menyelesaikan masalah yang berlaku dengan baik.

Justin Theroux, Jennifer Aniston

Artikel Lain