suria

One Republic Kembali Bikin Konsert Di Stadium Merdeka

One Republic bakal mengadakan konsert kedua mereka di Kuala Lumpur pada 25 April depan.

KUMPULAN pop rock terkenal One Republic bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert di Stadium Negara pada 25 April depan.

Persembahan yang dibawakan oleh WGW Entertainment itu bakal memperlihatkan kunjungan kedua kumpulan dari Amerika Syarikat itu mengadakan konsert di negara ini.

One Republic yang dianggotai oleh Ryan Tedder, Zach Filkins, Drew Brown, Eddie Fisher dan Brent Kutzle kali terakhir menghiburkan peminat mereka di Kuala Lumpur pada 2013.

Selain lagu popular mereka seperti Apologize dan Counting Stars, One Republic turut dijangka mendendangkan lagu baharu daripada album keempat mereka, Oh My My.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM178, RM298, RM398, RM498, RM578 dan RM668. Ia boleh didapati menerusi ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222 8811.

Pembelian tiket juga boleh dibuat di Eden Ultimate, 1 Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette, Quill City Mall KL, Eastern Records (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan Speedy (terpilih).

Konsert itu turut mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), Penubuhan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

One Republic, Stadium Merdeka

Artikel Lain