suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Beckham Terpaksa Tinggalkan Kasut Tumit Tinggi

Victoria Beckham terpaksa melupakan kasut bertumit tinggi. Foto Instagram: victoriabeckham

PENYANYI Victoria Beckham tidak dibenarkan memakai kasut tumit tinggi buat sementara waktu kerana kecederaan pada bahagian kaki.

Menerusi laman Instagram, isteri kepada David Beckham ini memuat naik foto dia menggunakan tongkat dan memberitahu mengalami kecederaan kecil.

"Terima kasih atas ucapan dan doa kalian, ia hanyalah patah tulang kecil. Saya hanya perlukan rehat," tulisnya.

Victoria muat naik foto dia menggunakan tongkat kerana kecederaan kaki.

Menurut portal Dailymail, Victoria terpaksa melupakan hobi memakai kasut bertumit tinggi sehingga kecederaannya pulih.

Sebelum ini, Victoria dikenali sebagai selebriti yang sangat menggemari fesyen dan mengumpul ratusan koleksi kasut tumit tinggi.

"Saya tak boleh pakai kasut tumit tinggi lagi, lebih-lebih lagi waktu bekerja," kata Victoria kepada The Telegraph.

Victoria Beckham

Artikel Lain