suria

Sehun (EXO) Balas Ayat Lucu, Pengikut Instagram Gelak Besar

Peminat tertarik dengan cara Sehun membalas komen di laman Instagram: Foto Instagram: @oohsehun

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Sehun merupakan antara penyanyi yang aktif berinteraksi dengan peminat di laman sosial.

Memetik laporan portal Soompi, Sehun membalas beberapa komen pengikut pada foto terakhir yang dimuat naik di Instagram.

Imej swafoto dia sambil menutup muka dengan tangannya menarik perhatian pengikut yang turut tertarik untuk meninggalkan komen.

Sehun membalas komen pengikut di laman sosial.

Di kesempatan itu, Sehun membalas komen yang ditinggalkan peminat dengan ayat lucu dan mencuit hati.

"Sehun, saya tengah fikir nak komen apa untuk gambar ini," tanya pengikut. Jawab Sehun, "Fikirkanlah."

"Saya dah cukup bahagia kalau awak hanya membalas dengan tanda titik," komen peminat dan ternyata Sehun memberikan balasan tanda titik tersebut.

"Kalau awak balas komen ni, saya akan screenshot dan jadikan sebagai wallpaper telefon," kata seorang lagi peminat. 

Lalu Sehun membalas, "Betul? Janji ya!."

Sehun EXO

Artikel Sebelum

Artikel Lain