suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu BTS Masuk Carta Billboard 100

Lagu MIC Drop nyanyian BTS berjaya menembusi carta Billboard 100.

LAGU terbaharu kumpulan BTS berjudul MIC Drop mencipta sejarah apabila ia berjaya menduduki 40 lagu popular di Amerika Syarikat menerusi carta Billboard 100.

Soompi melaporkan lagu itu berada di tangga ke 28 dalam carta itu hasil daripada penjualan single secara digital, putaran radio dan streaming menerusi aplikasi muzik.

Menurut Nielsen Music, MIC Drop mendapat 9.8 juta streaming di Amerika selain 45,000 single terjual dalam masa seminggu.

MIC Drop juga mendapat putaran radio lebih tinggi berbanding single terdahulu mereka iaitu DNA yang turut berjaya menembusi Billboard 100.

Lagu itu adalah kolaborasi mereka bersama DJ Steve Aoki dan penyanyi rap Desiigner menerusi album terbaharu mereka, Love Yourself: Her.

MIC Drop juga menjadi lagu dari artis Korea Selatan yang pertama berjaya menduduki nombor satu dalam carta iTunes di Amerika Syarikat.

MIC Drop, BTS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain