suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heidi Klum Tak Mahu Anak Jadi Model

Heidi Klum tidak menggalakkan tiga anaknya terlibat sebagai model peragaan.

SUPERMODEL terkenal Heidi Klum tidak mahu anak-anaknya memilih kerjaya sebagai model peragaan seperti mana dirinya.

Daily Mail melaporkan Heidi, 44, berkata, sebagai ibu dia mahu anak-anaknya menikmati kehidupan biasa selain memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

"Mereka perlu jadi orang biasa kerana itu adalah yang sepatutnya mereka lakukan.

"Walaupun ia seolah-olah menjadi trend anak kepada model turut mengikut jejak langkah ibu mereka tetapi saya tidak mahu itu berlaku.

"Anak-anak saya sibuk dengan sekolah dan hobi mereka," katanya.

Bagaimanapun kata Heidi, itu bukan bererti dia menentang minat mereka sekiranya ada di antara mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya.

Namun kata Heidi, buat masa ini mereka perlu mengutamakan pelajaran dan memikirkan tentang kerjaya selepas selesai bersekolah.

Heidi mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Helene, Henry dan Johan Lou.

Heidi Klum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain