Agnes Monica, Chris Brown Digosipkan Bercinta - Bintang Global | mStar

Agnes Monica, Chris Brown Digosipkan Bercinta

Apakah status hubungan Agnes dan Chris Brown? Foto Instagram @agnezmo

PENYANYI Indonesia, Agnes Monica menghadiri parti ulang tahun kelahiran DJ Khaled pada hujung minggu lalu.

Menerusi entri yang di muat naik di Instagram, Agnes turut menulis ucapan bersempena hari jadi penyanyi lagu I'm The One itu.

"Selamat ulang tahun @djkhaled," tulisnya pada keterangan foto.

Lebih menarik, portal hiburan di Amerika Syarikat melaporkan Agnes menghadiri majlis tersebut bersama rapper, Chris Brown.

Agnes menulis ucapan hari lahir kepada DJ Khaled di Instagram.

Menurut laporan Hollywood Life, mereka berdua datang dan pulang bersama namun memilih untuk bergerak secara berasingan.

"Sepanjang acara mereka tidak bersama dan masing-masing duduk di kawasan yang gelap, rasanya mereka tak nak bergambar bersama.

"Sesekali mereka bertemu dan berbual sesuatu, namun tidak nampak kemesraan. Cumanya kami dapat merasakan seperti hubungan mereka lebih daripada teman," kata sumber.

Terdahulu heboh di laman sosial mengatakan bekas kekasih Rihanna ini sedang menjalinkan hubungan cinta kerana mereka berdua dilihat memuat naik foto di Instagram.

Agnes Monica , DJ Khaled , Chris Brown

Artikel Sebelum

Kahi Umum Hamil Anak Kedua

Artikel Berikut

Huh Gak Umum Hidap Kanser Tiroid

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.