suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Cinderella' Tertinggal Kasut Demi EXO

EXO menjadi tumpuan ketika menghadiri MAMA 2017 yang berlangsung di Hong Kong.

MINGGU lalu lapangan terbang Incheon di Korea Selatan sesak dengan peminat yang menantikan selebriti kegemran mereka berlepas untuk menghadiri MAMA 2017 di Hong Kong.

Koreaboo melaporkan kumpulan EXO antara menjadi perhatian sehingga menyebabkan kemunculan mereka di ruang berlepas sesak dengan peminat yang ingin melihat bintang kesayangan mereka dengan lebih dekat.

Semua anggota EXO terpaksa bersesak untuk memasuki ruang berlepas kerana diasak peminat walaupun dikawal ketat oleh pengawal peribadi.

'Cinderella' tertinggal kasut demi mengejar EXO.

Bagaimanapun, salah seorang peminat EXO menjadi perhatian apabila kasut yang dipakai tertanggal keran terlalu sibuk mengejar kumpulan itu.

Gambar kasut yang tersebar di laman sosial selepas itu menjadi tular dan ramai menggelar wanita itu sebagai Cinderella.

Malah pemilik sebenar kasut itu juga tidak diketahui sehingga kini.

EXO, MAMA 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain