suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh 'Persembunyian' T.O.P. Berakhir

T.O.P. dan G-Dragon mempunyai hubungan baik.

ANGGOTA Big Bang iaitu T.O.P. dilihat jarang membuat kemunculan di khalayak selepas namanya terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun rindu peminat terhadapnya terubat apabila rakan baiknya dalam Big Bang iaitu G-Dragon memuat naik gambar mereka bersama di Instagram.

Gambar memperlihatkan kedua-dua mereka sedang melihat ke luar tingkap dengan kapsyen With my older brother.

G-Dragon memuat naik gambar bersama T.O.P. di Instagram.

Kebetulan, peminat mendakwa ternampak kelibat kedua-dua mereka di Itaewon dengan pakaian sama seperti dalam gambar dimuat naik G-Dragon.

Peminat yang teruja dengan perkembangan terbaharu itu berharap T.O.P, akan kembali aktif dalam bidang seni dan memintanya agar tidak lagi mengenang kesilapan dilakukan sebelum ini.

Sejak kejadian itu, T.O.P. tidak pernah mengemas kini laman sosialnya selain mengelak daripada membuat kemunculan di tempat awam.

Big Bang, G-Dragon, T.O.P.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain