suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez Mohon Maaf Pada Bekas Kekasih

Selena dikatakan memohon maaf pada The Weeknd menerusi laman Instagramnya.

SETELAH penyanyi The Weeknd memadam semua gambar bekas kekasihnya, Selena Gomez dari laman Instagram, peminat tertanya-tanya apakah reaksi Selena terhadap tindakan lelaki itu.

Selena melalui laman Instagramnya pula bertindak memuat naik gambar dengan kapsyen "all apologies" yang didakwa ditujukan buat The Weeknd.

Gambar berkenaan mendapat lebih 3.5 juta tanda suka dan lebih 21 ribu komen.

Dalam pada itu, peminat membuat andaian bahawa itu merupakan cara Selena memohon maaf kepada kekasihnya.

Ini kerana Selena yang dikatakan menjadi punca perpisahan mereka apabila dia kembali kepada Justin Bieber.

Namun, peminat juga tidak pasti sama ada Selena benar-benar memohon maaf atau sekadar memerli bekas kekasihnya sahaja.

The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye bercinta selama 10 bulan dengan Selena sebelum putus pada Oktober lalu.

Kini, Selena kembali bercinta dengan kekasih lamanya, Justin Bieber. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain