suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Blackpink Berang Terhadap Pengurusan

PEMINAT kumpulan Blackpink berang apabila syarikat YG Entertainment mendedahkan hasrat untuk melancarkan kumpulan wanita baharu pada 2018.

Menurut laporan Koreaboo, kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka Blinks bimbang seandainya syarikat itu tidak dapat memberi perhatian penuh kepada Blankpink selepas tertubuhnya kumpulan baharu.

Tambah mereka lagi, Blackpink yang baru dua tahun dilancarkan hanya mempunyai lima lagu sahaja tanpa sebarang album.

"Agensi sepatutnya fokus dalam mempersiapkan album sulung Blackpink," luah seorang peminat.

Hal ini kerana syarikat Yg Entertainment itu sememangnya dikenali kerana sering mengabaikan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini syarikat pengurusan itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut.

Blackpink

Artikel Sebelum

Artikel Lain