suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Emma Watson, William 'Mack' Knight Putus

Emma dan kekasihnya dikatakan sudah lama tidak kelihatan bersama.

HUBUNGAN cinta dua tahun yang terjalin antara pelakon Emma Watson dan seorang usahawan teknologi, William "Mack" Knight dilaporkan sudah berakhir.

Berita mengenai pasangan yang jarang memaparkan hubungan mereka secara terbuka itu mula bertebaran sejak Jumaat lalu.

Namun, ada laporan yang mengatakan hubungan antara Emma dan teman lelakinya mula goyah sejak awal tahun ini.

Kali terakhir, mereka dilihat bersama sewaktu makan malam di kota New York, Mei lalu.

Berita percintaan mereka tercetus apabila pasangan itu sama-sama bercuti ke Big Sur pada 2016, lapor E Online.

Sebelum William, Emma pernah dikaitkan bercinta dengan Putera Harry dan pelakon, Tom Felton.

Emma Watson, William Mack Knight

Artikel Berikut

Artikel Lain