suria

Goo Hara Mengaku Dilamar Heechul

Hara mengakui Heechul pernah melamarnya ketika bertemu di program hiburan. Foto: Koreaboo

PELAKON Goo Hara mengakui pernah menerima lamaran berkahwin daripada penyanyi dan pengacara, Kim Heechul.

Menurut laman Koreaboo, bekas ahli kumpulan Kara ini membongkarkan rahsia tersebut ketika diundang menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen popular, Knowing Brother yang turut dikendalikan oleh Heechul.

Menerusi satu segmen dalam rancangan tersebut, Hara bertanya kepada pengacara Seo Jang Hoon dan Kang Ho Dong mengenai soalan yang sering diajukan oleh Heechul setiap kali mereka bertemu.

"Kamu rasa apa yang selalu Heechul kata pada saya apabila kami bertemu dalam sesebuah acara?," tanya Hara.

"Saya tahu apa dia soal... Pasti dia tanya adakah kamu mahu berkahwin dengan dia," jawab Jang Hoon.

Hara membongkar rahsia Heechul ketika program tersebut bersiaran.

Heechul terkejut mendengar jawapan spontan Jang Hoon dan segera membetulkan keadaan kerana malu dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu.

"Eh mana ada! Dia bukan gadis idaman saya lah!," balas Heechul.

Mendengar jawapan tersebut, Hara turut memberikan alasan yang sama kepada Heechul sehingga menimbulkan persoalan kepada penonton yang menyaksikan rancangan tersebut.

Goo Hara, Kim Heechul

Artikel Sebelum

Artikel Lain