suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'Twilight' Kallen Lutz Sudah Berkahwin

PELAKON filem Twilight Kellan Lutz yang membawa watak Emmet Cullen dilaporkan sudah berkahwin dengan kekasihnya Brittany Lutz.

Pasangan itu mendedahkan perkara tersebut pada perayaan Thanksgiving menerusi akaun Instagram masing-masing.

Kedua-dua mereka memegang buku kecil yang bertulis Mr dan Mrs serta cincin sebentuk cincin tanda ikatan perkahwinan.

Kellan Lutz

Kapsyen yang ditulis turut mendapat perhatian netizen.

"Thankgiving kali ini adalah percutian paling digemari. Saya cuba hidup dengan penuh syukur dan menghargai apa yang diperolehi setiap hari.

Tahun ini adalah tahun terbaik dan saya sangat bersyukur dapat menjalani hidup baru dengan sahabat dan isteri. Terima kasih tuhan," tulis Kellan.

Terdahulu pasangan ini mengumumkan sudah bertunang pada September lalu.

Twilight

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain