suria

Persembahan BTS Dipuji Bintang Hollywood

BTS cipta sejarah peribadi.

KUMPULAN BTS mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan Kpop pertama membuat persembahan di pentas American Music Award (MTV AMA) 2017.

Acara yang berlangsung di Microsoft Theatre, Loas Angeles itu menyaksikan BTS mempersembahkan lagu hit mereka yang berjudul DNA, lapor E! Online.

Persembahan memukau BTS dengan tarian bertenaga turut mendapat perhatian selebriti antarabangsa.

Jared Leto yang naik ke pentas selepas persembahan BTS mengakui kehebatan kumpulan itu.

"Saya perlukan masa untuk berehat sekejap, persembahan tadi memang hebat," ujar Jared.

Pelakon Baby Driver, Ansel Elgort turut kelihatan bergambar dengan BTS sewaktu berada di kerusi penonton.

Antara artis lain yang membuat persembahan sewaktu acara itu ialah Lady Gaga, Demi Lovato, Selena Gomez, Nick Jonas dan Christina Aguilera.

BTS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain