suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diet Ekstrem Luna f(x) Makan Diri

Luna f(x) mengakui mengamalkan diet tidak sihat semata-mata mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.

ANGGOTA kumpulan f(x), Luna, mendedahkan dia pernah mengamalkan diet tidak sihat semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan sempurna sebagai seorang artis.

Menurut portal hiburan Koreaboo, diet melampau yang diamalkan penyanyi itu menyebabkan dia mengalami keletihan setiap hari dan kehilangan otot badan.

Ujar Luna, dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram, menjadikan berat badannya 40 kilogram sahaja.

Sewaktu mendedahkan perkara itu menerusi satu rancangan televisyen baru-baru ini, Luna bagaimanapun mengakui sudah tidak mengamalkan diet ekstrem.

Menurut Luna, dia kini berjaya mendapatkan bentuk badan dengan cara sihat menerusi kawalan pemakanan dan senaman.

Luna, f(x)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain