suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ed Sheeran Jatuh Basikal

PENYANYI Ed Sheeran yang terlibat dalam satu kemalangan basikal baru-baru ini memberi bayangan yang kecederaannya mungkin akan menjejaskan jadual konsert jelajahnya yang kini berlangsung.

Menurut laporan E! News, penyanyi lagu Shape of You itu berkongsi mengenai perkara berkenaan kepada 15.7 juta pengikutnya di laman Instagram.

"Saya mengalami kemalangan basikal dan sekarang sedang menunggu nasihat perubatan. Ia mungkin akan menjejaskan jadual persembahan saya. Sila tunggu maklumat selanjutnya," tulis Ed di Instagram.

Dia turut memuat naik gambar lengannya yang berbalut akibat kemalangan itu.

Penyanyi itu sedang membuat konsert jelajah dunia bagi mempromosikan album terbaharunya, Divide yang dilancarkan pada Mac lalu.

Menurut Ed, kecederaan yang dialami pastinya memberi kesukakaran untuknya bermain alat muzik sewaktu konsert.

Jadi, pihaknya juga masih tidak pasti seandainya kecederaan itu akan menjejaskan jadual persembahan konsert berkenaan.

Add Sheeran

Artikel Sebelum

Sooyoung Tukar Angin

Artikel Lain