suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sokongan Sandara Terhadap Taeyang, G-Dragon

Sandara terbang ke Bangkok, Thailand untuk memberi sokongan kepada ahli kumpulan Big Bang iaitu Taeyang yang mengadakan konsert di negara itu.

BEKAS anggota kumpulan 2NE1 iaitu Sandara Park sememangnya dikenali sebagai individu yang gemar memberi sokongan kepada rakan artis kpop seangkatannya.

Seperti dilaporkan Koreaboo, Sandara atau Dara dilihat merakamkan gambar bersama penyanyi Taeyang yang juga ahli kumpulan Big Bang di Bangkok, Thailand.

Dara dikatakan berada di sana bagi memberi sokongan kepada Taeyang yang mengadakan konsert solonya di negara itu.

Sebelum ini, Dara pernah menghadiri konsert seorang lagi ahli Big Bang iaitu G-Dragon di Manila, Filipina.

Malah dia sempat mengadakan persembahan duet bersama G-Dragon.

Sikap Dara yang suka memberi sokongan kepada artis lain sering mendapat pujian daripada peminat sehingga menjadikan dia lebih popular walaupun 2NE1 sudah dibubarkan.

Sandara, 2NE1, Taeyang, G-Dragon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain